Home | Sejarah Kuda | Kuda Arab [ Purebred Arabian] | Kuda Kelantan | Horses In Kelantan | Kuda Dalam Islam | Our Horses Photo Album

Kuda Padi

Kaaba Khan menjadi Kebangaan di Stable kami
kaabaneck.jpg
Keturunan baka Arab asli, kini menetap di Kelantan

Welcome!

Selamat Datang Ke Laman Kuda Arab di Kelantan
 
Mukadimah
 
Hampir diseluroh Negeri Kelantan Darulnaim terdapat berbagai jenis baka kuda termasuk Arab, Thoroughbred, Saddlebred, Paint, Pinto, Bimo, Kuda Padi dan lain-lain baka.
 
Namun pada keselurohannya kebanyakan kuda di Kelantan terdiri dari kuda padi dari berbagai saiz. Lazimnya ketinggian kuda padi adalah sekitar 4 kaki atau 13 hand.
 
Kuda padi yang paling tinggi boleh mencapai 4 kaki 6 inci dan jenis ini dipanggil kuda padi 'A' yang rendah sedikit terdiri dari Kuda Padi 'B' dan yang paling rendah Kuda Padi 'C'
 
Di Kelantan Kuda padi biasanya ditunggang oleh anak-anak muda belasan tahun. Kanak-kanak yang paling muda menunggang kuda di negeri Kelantan ialah 'Awang' berusia 4 tahun, dari Stable Sabri Kg Belukar, Wakaf Baharu.
 
Anak-anak muda di Kelantan lebih gemar menunggang kuda ala 'Red Indian' iaitu menunggang solo, tidak berkasut dan tidak pakai pelana atau saddle.
 
Hampir diseluroh Kelantan terdapat kuda dan kini tahun 2004 dianggarkan terdapat 1000 ekor kuda dari berbagai jenis di Negeri Kelantan.
 
Kuda Arab Asli - Kaaba Khan
Pure Arab Breed
 
Kini di Kelantan anda tidak akan ketinggalan untuk bertemu dengan 'Legenda Kuda Pure Arab'.
Oleh kerana semangat untuk membiakkan baka kuda arab di kelantan, maka Prof Dr Nik Omar telah rela untuk terbang ke Australia dan mencari 'seekor' Kuda Arab Pure dari keturunan baik-baik.
Untuk itu Dr Nik telah dapat membawa masuk seekor 'Pure Arabian Stallion' yang telah mencipta namanya tersendiri dalam dunia kuda Arab di Australia.
 
Nama Kuda tersebut ialah ' Kaaba Khan' anak kepada SK Shaklan Khan x Malmsburry dari keturunan datuknya Sanadik El Shaklan dan neneknya El Shaklan dan moyang sebelah bapaknya Shaker El Masri dan sebelah ibunya Estopa.
 
Kesemua baka kuda keturunan keluarga El Shaklan adalah 'memegang' atau menjuarai berbagai pertandingan kuda baik diperingkat Australia dan juga diperingkat antarabangsa.
Sebut saja nama El Shaklan, para peminat kuda diseluroh dunia akan kenal kehebatan bapak, datuk dan neneknya. Dan kini cicit mereka ' Kaaba Khan' pula adalah satu-satunya keturunan El Shaklan yang menetap dan berada di Malaysia, Pasir Mas, Kelantan.

Menunggang Kuda di Kelantan merupakan salah satu hobi atau kegemaran anak-anak muda di Kelantan. Jika anda berkunjung ke Kelantan, tidak hairan anda akan ketemu hampir dimerata pelusok di Kelantan terdapat beberapa ekor kuda ditambat disana sini atau ditepi-tepi jalan.

Alamat kami

Purebred Arabian Horse Ranch
Kg Gelang Mas, Bunut Susu,
Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 019-9401915, 09-7972948
 

Kaaba dan sister Safira
kaabsafira.jpg
Mereka berdua menjuarai pertandingan di Australia

Salah satu kuda tersohor di Stable Gelang Mas
paint.jpg
Inilah 'Saddam' kuda jantan tercantik di Kelantan

Web ini disusun dan dijaga oleh: Prof Dr Nik Omar