Kuda Dalam Dunia Islam
Horses In Islam
Beberapa Aspek Tentang Kuda Dalam Islam
Buku-Buku Tentang Kuda
Islam begitu memberi perhatian dan sanjungan terhadap kuda dapat dilihat betapa banyaknya kitab-kitab dalam Bahasa Arab
yang menyatakan perihal kuda termasuk sejarah kuda, ternakan, asas-usul, kaedah permakanan, teknik menunggang, keistimewaan
kuda, kaedah berlumba dan mencari baka kuda baik-baik dan lain-lain. Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda
ialah:-
1. Kitab Al-khayal olehAttabi
2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir
3. Kitab Khalq al-faras oleh Asmai
4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai
5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha
6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd
7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib
8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani
9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad
10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj
dan terdapat lebih dari 30 kitab-kitab lain yang menceritakan tentang kuda.
Syarat-Syarat Pertandingan Kuda
Mengikut Tradisi Islam dan Arab
Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau
melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Dinatara sayarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-
1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.
Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat
untuk menentukan kemenangan.
Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.
Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian,
dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui
'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.
Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol
Aatas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah
ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa
" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab.
Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya
mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'
Tanda Ibujari Rasullullah saw dileher Kuda Arab
Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak
pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut
dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibujari dilehernya.
Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.
Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi
mereka mengekalkan identitinya sebagai 'baka Arab' ! Wallahhuallam.
Kuda Dalam Al-Quran
Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam
al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan
sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk
dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian)
Mengikut catitan dari buku kuda " Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan
untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku
kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..
Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar)
tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).
Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan
lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah
saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.
Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
- Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
- Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
- Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
- Separuh Aarb ( bapa arab, ibu dari luar )
Khalifah Harun al-Rashid
Penakluk Palestin
Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-enagara Arab kerana kemasyurannya menakluk
dan pembebaskan Negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba
kuda.
Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi
oleh anaknya.
Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis
satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.
Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai
tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.
Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:
Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-
- Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral
wazifatatayn fil yadain).
- Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda puteh didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda puteh
dikuku kaki.
- Bentuk badan yang menarik al-a-ali ), al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .
- Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)
Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna.
Empat Imam
Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram. Imam Malik dan Imam Ahmed hanbali, tidak mengalakkan
pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.