Konsep Rawatan

Home

Barah / Kanser
English Version
Rawatan Kami
Siapa Doktor Bertugas
Konsep Rawatan
Homeopati DiMalaysia
Resort Kesihatan Homeopathy, Kelantan

Konsep Rawatan Kami ialah:
" Berihat Sambil Berubat "
Kami kira disini satu-satunya Pusat Perubatan Homeopathy di Malaysia yang berteraskan Rawatan Sambil Berihat atau lebih dikenali di Barat sebagai " Health Resort "

Konsep kami ialah memberi keselesaan kepada semua pesakit, agar mereka lebih selesa, aman dan tenteram tinggal disini sebagai 'Satu keluarga'

Para pesakit seolah-olah berada di rumah sendiri, dikampong sendiri, aman dan bebas bergerak. Mereka boleh berjalan, keluar masuk, meminkmati suasana segar di kampong dengan berjalan-jalan disekeliling Komplek Hospital atau Chalet kami tanpa ada halangan, tidak seperti tinggal di mana-mana hospital lain yang pesakit tidak boleh bergerak kemana-mana.

Riadah di Sekitar Kawasan

Para pesakit boleh keluar berjalan-jalan sepanjang waktu didalam kawasan 10 ekar kompeks ini dengan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa atau melawat kebun buah-buahan kami, memancing di 4 biji kolam ikan kami, atau pergi mengikuti kuliah-kuliah agama di Pondok Tradisi Kampong Gelang Mas, hanya 5 minit perjalanan dari Komplek kami.

Bagi pesakit yang boleh berbasikal, mereka boleh menyewa basikal kami dalam kadar RM 2 untuk satu hari dan menjelajah disekitar kampong-kapong dan menikmati buah-buahan kampong seperti buah rambutan, jambu, kelapa muda, durian dan sebagainya.

Bagi yang suka shopping disempadan Thai, mereka boleh kesana juga dengan mengayuh basikal selama 20 minit, anda sudah berada di Pengakalan Kuala Tak, Thailand.

CARA KAMI MEMBERI RAWATAN DISINI
HOSPITAL HOMEOPATHY NIK OMAR

Pagi:
Jam 06.00 - 0630 Solat Subuh
07.00 - 08.00 pagi sarapan pagi
08.00 - 09.00 doktor melawat dan membuat rawatan homeopati
10.00 - 11.00 para pesakit boleh keluar wad dan berjalan2
12.30 - 13.30 makan tengaharai, Solat

Petang

1500 - 1600 rawatan akupunktur atau fisioterapi, Infra-Red, Moxibustion, Reflexology, Laser, Urut, Mandi Wap, Kanseling atau lain-lain rawatan yang sesuai.

1630 - 1700 Minum Petang bersama Kuih Traditional Kelantan.

1700 - 1800 Pesakit Boleh rihat dan keluar bersiar-siar

1830 - Sarapan malam, Nasi dan ulam-ulam ala kelantan

1900 - Van Hospital siap sedia untuk membawa pesakit dan temau sembahyang jemaah di Pondok Gelang Mas.

2100 - Van akan datang untuk menjemput para Jemaah dari mempelajari atau mengikuti kelas-kelas agama di Pondok gelang Mas.

2130 - Rihat

2300 - Semua lampu dipadamkan dan pesakit dinasihat supaya tidur.

==========================================================
Bagi pesakit atau keluarga yang ingin memasak makanan tambahan, mereka boleh masak sendiri. Dapur disediakan dan bahan makanan boleh dibeli di kedai Ko-Op kami dengan harga yang berpatutan.
==========================================================
Keluarga Melawat:
Bebas dari Jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja
Pagar Besar akan ditutop jam 10.00 malam

Lawat laman web kami satu lagi

Tawaran Mengikuti Kursus Perubatan Homeopathy

Anda Ingin Belajar Perubatan Akupunktur China, sila tekan disini

PERKHIDMATAN YANG ADA DISINI

1. HOSPITAL HOMEOPATHY SIR NIK OMAR
2. HOMEOPATHIC CHALET & Motel
3. HOMEOPATHIC COLLEGE
( Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia )
4. ACUPUNCTURE COLLEGE
( Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur )

RAWATAN YANG ADA DISINI

Semua Jenis Perubatan Alternatif dan Komplementari seperti:-

1. Rawatan Kepakaran Homeopati
2. Rawatan kepakaran Akupunktur China
3. Rawatan Laser Terapi
4. Rawatan Moxibusi
5. Rawatan Fisotepai Homeopati
6. Rawatan Cahaya - Infra Red Therapy
7. Rawatan Huasha - Urutan Kaedah China dengan Tulang
8. Rawatan Magnatik
9. Rawatan Reflexology
10. Rawatan Mandi Wap
11. Rawatan Menggunakan Herba
12. Rawatan Hypnotism
13. Rawatan Iridology
14. Rawatan Chiropody
15. Rawatan Accupressure
16. Rawatan Massage Thai
17. Rawatan Bekam, dll
----------------------------------------------------------

AlamatKami:

Hospital Homeopati Nik Omar
Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia
Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia
Homeopathic Chalet & Motel
B & F Homeopathic Pharmacy

No.122 Taman Universiti
Kg Gelang Mas, Pasir Mas,
Kelantan.

Tel: 09-7972948 atau 012-9554975 atau KL 03-26926549
E mail: fahom2@yahoo.com
Jika anda ingin tahu lain-lain perkembangan kami sila baca laman web kami berikut:-

Informasi Homeopathy Malaysia

Hospital Homeopati Nik Omar, Kelantan

Negeri Kelantan Darulnaim, Selamat dan Aman Tenteram. Orang Kelantan baik dan berbudi bahasa. Tanah Rendah SeKebun Bunga, nama asli Negeri Kelantan, juga dikenali sebagai 'Serambi Mekkah' pernah menjadi Pusat Perkembangan Ilmu-Ilmu Agama di Nusantara. Kini ia dikenali pula sebagai Pusat Perkembangan Ilmu-Ilmu Perubatan Altenatif seperti Homeopathy, Akupunktur, dll.
Pemimpin Utama kami ialah: Prof Dr Sir Nik Omar, Prof Mohd Nasir, Prof Mat Zin Abd Rahman, Prof Che Musa Mohammad