Barah / Kanser

Home

Barah / Kanser
English Version
Rawatan Kami
Siapa Doktor Bertugas
Konsep Rawatan
Homeopati DiMalaysia
Resort Kesihatan Homeopathy, Kelantan

Cara Menangani Barah Buah Dada
( Barah Payu Dara )

Judul Buku:
Barah Buah Dada - Pencegahan Dan Rawatan

Pengarang:
Prof Dr Nik Omar

Penerbit: Unit Pendidikan Kesihatan & Penerangan
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, kelantan.

Harga: RM 10
Tebal: 88 halaman
Pengulas: Mohamed Jusoh

BARAH atau kanser merupakan masalah yang semakin meningkat diseluruh dunia yang melibatkan sekurang-kurangnya 9 juta orang dan membunuh 5 juta yang lain.

Kajian sebenar barah di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk, malah bilangan kes baru pula dianggarkan 27,000 kes setiap tahun dan ini merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian di Malaysia.

Dalam pada itu didapati lebih dari 100 pesakit barah buah dada atau barah payu dara mendapat rawatan di hospital-hospital kerajaan meninggal dunia setiap tahun sejak 1985, dimana tahun 1990 mencatatkan kadar tertinggi dengan 149 kes.

Kajian Kementerian Kesihatan pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan.

Ini jelas menggambarkan barah buah dada merupakan pembunuh kedua paling ditakuti selepas penyakit jantung.
Biarpun barah buah dada amat ditakuti oleh kebanyakan kaum wanita, anehnya ramai pula wanita acuh tak acuh dan pura-pura buat tidak tahu tentang bahaya penyakit tersebut.

Merugikan.

Kebanyakannya tidak sedar bahawa sikap sedemekian tentunya merugikan mereka sendiri. Oleh itu adalah wajar buku Barah Buah dada, Pencegahan dan Rawatan ini diterbitkan bagi mereka mengetahui lebih awal dari disahkan disaat in sudah terlambat.

Buku ini perlu dimiliki oleh setiap keluarga kerana didalamnya mengandungi pelbagai rempah-ratus menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai penyakit yang amat ditakuti oleh setiap wanita.

Pengarang buku ini, Prof Dr Nik Omar bin Nik Daud, seorang Presiden Persatuan Homeopathy MRHP Malaysia, mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini menulis dengan bahasa yang mudah difahami dengan diperjelaskan melalui gambar-gambar dan ilustrasi.

Selain dari aktivis masyarakat, Dr Nik Omar yang pernah berkhidmat dalam unit 'Doktor Tanpa Batasan' dimerata tempat seperti Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, India, Thailand dan lain-lain negara merupakan satu-satunya pakar perubatan homeopati dan akupunktur terkenal di Malaysia.

Pengalaman melawat hampir seluruh dunia dengan hiking dan menulis lebih dari 250 buah rencana diakhbar dan majalah selain dari pernah menjadi tetamu ruangan Dimensi TV1, Rencana NONA, Wajah-Wajah, Bincang Petang, RTV Brunei dan perceramah perubatan di radio, menambahkan lagi semangat Dr Nik Omar untuk menulis buku seumpama ini.

Perubatan

Ini sesuai sebagaimana katanya dalam pendahuluan buku ini," Selama menjalankan praktik perbatan, saya ketemu dengan pelbagai masalah barah buah dada, sehingga meletakkan kita dalam keadaan dilema, apakah barah buah dada dapat disembuhkan atau tidak. Kejahilan tentang penyakit ini, menyebabkan ramai wanita kebanyakannya teridir dari bangsa Melayu menjadi mangsa barah buah dada. Mereka tidak tahu kemana harus dituju."

Apa lagi menyedari bahawa bahan bacaan tentang barah buah dada amat berkurangan, tentunya buku seumpama ini dapat memberi sedikit sebanyak pandangan dan buah fikiran untuk berkongsi bersama dalam menghadapi masaah ini.

Petikan: Utusan Malaysia 20 Oktober 1998.
-----------------------------------------------------------

Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi:

Pusat Perubatan Homeopati Nik Omar
128 Jalan Raja Abdullah
Hadapan Masjid Kg baru, Kuala Lumpur
Tel: 03-26926549




Sumber: Unti Pendidikan Kesihatan & Penerangan, Perpustakaan Perubatan Homeopathy, FAHOM, Pasir Mas, Kelantan