Sejarah Kuda Arab

Kuda Arab telah diperakui oleh para peminat kuda diseluroh
dunia sebagai 'Kuda yang terbaik' didunia kerana kuda-kuda arab memang terkenal sebagai kuda tahanlasak, cantik dan penuh
stamina.
Asal usul kuda arab tercatit dalam sejarah dimana Nabi
Sulaiman a.s. telah memelihara lebih dari berpuloh-puloh ribu kuda dari berbagai baka arab tulin.
Kemuncak kehebatan kuda-kuda arab masyur dizaman Nabi
Muhammad saw (570 A.D.) dimana baginda banyak memberi galakkan dan durongan untuk menternak dan memelihara kuda-kuda arab
baka baik demi untuk mempertahan kedaulatan Islam dari ancaman musuh.
Cerita-cerita kuda ini banyak dibicarakan dalam berbagai
kitab termasuk Al-Quran. Ada dua pendapat yang menyatakan sumber asal usul kuda arab ini disebut sebagai 'Al-Kehilan' yang
bererti kuda arab tulin yang bermaksud kuda arab asli dari baka kuda arab kuno dan tidak bercampur aduk dengan kuda-kuda luar
dari tanah arab. Satu lagi ialah keturunan Al Khamsa, konon mengikut cerita asal, dizaman mula-mula para sabahat mencari kuda-kuda
untuk pasukan tentera Muslimin, mereka memanggil para penternak kuda untuk membawa kuda masing-masing untuk dipilih kuda-kuda
baik untuk dibuat baka.
Kuda-kuda tersebut dilepaskan untuk diberi minuman disebuah wadi, kesmua kuda-kuda
tersebut berlari untuk mendapatkan air minuman, diperjalanan tuan-tuan punyai kuda diarah supaya memanggilkan kuda masing-masing
kembali semula ke tempat asal tanpa meminum air. Dari berpuloh ekor kuda itu hanya 5 ekor kuda sahaja mendengar arahan tuannya
dan kembali semula tanpa meminum air yang disediakan. Kesemua kuda yang berlima ini diambil, diternakkan untuk dijadikan asas
pasukan berkuda bagi kaum Muslimin, keturunan kuda ini dikenali sebagai Al-Khamsa.
Kuda-kuda arab tulin ini berasal dari beberapa buah
negara arab saperti Arab Saudi, Yemn, Syria, Iraq, Turki, Iran dan juga Mesir.
Diwaktu peprangan Uhud, pasukan Muslimin mempunyai hanya
dua ekor kuda sedangkan kaum Qureish mempunyai 300 ekor kuda. Dari peperangan ini, Rasullullah saw mulai mengorak langkah
untuk mensyurkan supaya kaum Muslimin menternak kuda serta belajar menunggang dan memanah diatas kuda. Malah Rasullah saw
sendiri pernah memiliki lebih dari 6 ekor kuda arab tulin yang masyur dan kuda-kuda beliau pernah memasuki pertandingan jarak
jauh dan pernah memenangi acara pertandingan kuda lasak.
Rasullullah saw sendiri pernah beberapa kali menganjurkan
pertandingan lumba kuda lasak dan beliau sendiri pernah memberi hadiah kepada pememang dengan memberi 'kain serban' yang beliau
pakai kepada pemenang.
Dalam tempuh beberapa tahun sahaja, kekuatan pasukan
berkuda kaum Muslimin telah bertambah begitu banyak sehingga diwaktu pemerintahan Saidia Umar Al-Khattab, pasukan berkuda
tentera Muslimin begitu hebat sehingga dapat menguasai dan mengalahkan tentera-tentera Rom dengan muda.
Pada satu ketika, sewaktu Tariq Al Ziad menawan Andalusia
( Spainl) beliau membawa 2000 ekor kuda dan dapat menewas dan menawan Andalusia dengan mudah. Sewaktu Tariq Al Ziad mendarat
dibumi Andalusia beliau mengarahkan Panglima perangnya supaya membakar semua kapal-kapal yang membawa tentera Muslim. Didalam
dilema tersebut, beberapa orang perajurit Muslim bertanya Tariq, " Jika semua kapal-kapal ini tuan bakar, bagaimanakah kita
akan kembali ke Negeri Arab ?"
Lalu Tariq mengeluarkan kata-kata sakti ini, " Tuan,
tuan kaum Muslimin, kini semua kapal-kapal kita sudah dibakar, kita kini mempunyai dua pilihan, jika tuan-tuan ingin
pulang dan kembali kebelakang, hanya dengan cara berenang jerung-jerung sedang menunggu tuan-tuan dilautan, tuan-tuan akan
mati dimamah jerung yang ganas. Nah ! jika tuan-tuan maju kedepan musuh-musuh mu sedang menunggu. Jika kamu undur kebelakang
maut sudah pasti menunggu kamu dan jika kamu maju kedepan, kamu mempunyai dua pilihan sana ada mati syaheed atau kemenangan
"
Oleh kerana itu, kaum Muslim bergitu bersemangat untuk
mati syheed atau kemenangan, maka mereka semuanya maju ke depan dan mereka menang dan dapat menawan Andalusia selama lebih
dari 100 tahun.
Bertolak dari Andalusia (Spain) mulalah orang-orang
barat mengenali kehebatan kuda-kuda arab, lalu mula membuat kacukan kuda-kuda mereka Inggeris dengan kuda-kuda arab, sehingga
lahirlah apa yang kita kenali sekarang sebagai kuda baka thoroughbred.
Namun sebahagian orang-orang barat menaruh minat yang
mendalam dengan kuda-kuda arab ini dan mereka menternak kuda-kuda arab ini secara solo bred atau asli dan tidak mencampurkan
sedikit pun darah kuda arab ini dengan mana-mana kuda lain, dan kuda-kuda baka arab ini mereka namakan sebagai 100 % purebred
arabian horses.
Mengikut catitan sejarah pertama Kuda Arab di Britain
bermula pada tahun 1121 dimana Raja Scotland yang bernama Alexander 1, telah menghadiahkan seekor kuda arab kepada Gereje
St Andrew. Dari masa kesemasa kuda-kuda arab dibawa masuk untuk memperbaiki mutu kuda-kuda pony Inggeris untuk meningkatkan
mutu kepantasan dan ketahanan kuda-kuda Inggeris. Pada tahun 1616 Raja James 1 telah membeli kuda arab masyur dari Mr Matkham.
Kemasyuran kuda-kuda Arab mula menarik perhatian bilamana Raja Charles 11 mengutus supaya dibeli lebih banyak kuda-kuda Arab
Jantan dan betina untuk dibuat baka arab tulin.
Dari sinilah lahirnya kuda baka Crabbet dan lain-lain
yang mempertahankan ketulinan baka kuda arab asli atau purebred.
Kini kuda arab tulin telah pun terkenal sebagai kuda
terbaik didunia yang dapat menwarisi ketahanan, kecantikan dan kehebatan kuda disepanjang zaman.
Di Malaysia, Pusat Ternakan Kuda Arab mula ditubuhkan
di Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan dengan membawa masuk 5 ekor kuda arab tulin (purebred) 2 ekor kuda jantan baka kuda
arab tulin atau 100 % purebred yang bernama 'Kaaba Khan' dari keturunan Al Khamsa darah keturunan El Shakawi dan satu
lagi purebred Arabian Stallion dari keturunan Simeon Shai darah keturunan Al-Khamsa, Straight Egyptian. Sementara 3 ekor lagi
kuda arab pure betina ialah Nadiika, Jasmine dan Amera Esteeka, kesemua kuda-kuda arab bertina ini telah pun hamil dan dijangka
akan lahir sekitar July atau Ogos tahun 2006.
Mungkin inilah merupakan projek perintis pertama di
Malaysia dimana kami dapat lahirkan 100 % anak-anak kuda purearab. Pada tahun hadapan ( 2006) ladang ternakan kami bercadang
untuk membawa masuk 5 ekor lagi kuda pure arab betina untuk dikembang biakkan kuda-kuda baka arab tulin di Malaysia.
Ketinggian kuda Arab sekitar 15hh atau di kelantan istilah
yang diguna pakai ialah lebih kurang sama tinggi dengan Kuda kelantan A atau Kelantan B, amat sesuai untuk orang-orang Malaysia.
Sementara Warna kuda Arab ialah: Chesnut, grey dan black.
Sementara Projek perintis kita di Malaysia ialah cuba mamasukkan benih kuda
arab ke kuda Padi kelantan untuk dijadikan Kuda KelArab. Anak pertama kelArab ini dijangka dapat dilihat pada bulan lahir
september 2005 nanti, hasil dari kacukan Kaaba Khan dengan Kudapadi A Li, Kg Ana.Sementara anak Saddam Hussin telah pun lahir
pada 20 July 2005. Mula pada bulan September 2006 keatas, lebih banyak kuda-kuda kacukan ini dapat anda lihat di Kelantan
Darulnaim.
Nota: Kuda Untuk Di Jual / Dibeli sila hubungi kami
019-9401915 |