Kuda Padi

| Home | Sejarah Kuda | Kuda Arab [ Purebred Arabian] | Kuda Kelantan | Horses In Kelantan | Kuda Dalam Islam | Our Horses Photo Album
Kuda Kelantan

Memelihara atau menternak kuda di Negeri Kelantan Darulnaim adalah sebahagian dari tradisi rakyat Kelantan.
 
Hampir dimerata tempat di Kelantan terdapat orang-orang yang memelihara atau menternak kuda. Dianggarkan lebih dari 1000 ekor kuda dari berbagai jenis, baka atau keturunan kuda terdapat di Negeri Kelantan.
 
Sejarah Ringkas Kuda Di Kelantan.
 
Sejarah kuda di Negeri Kelantan tidak begitu jelas, sebab tidak ada rekod awal tentang pembiakan atau perternakan kuda di Negeri Kelantan.
 
Namun mengikut sejarah yang diceritakan dari mulut ke mulut, orang-orang Kelantan dahulu kala suka memelihara kuda jenis 'kuda padi' atau kalau dipinjam istilah sekarang dikenali sebagai 'local pony'.
 
Sasilah diceritakan bahawa pernah 'Raja Jembal' memelihara dan menaiki kuda besar-besar ( mungkin kuda belimo ). Hampir setiap petang dikatakan Raja ini menunggang kuda disekitar Kg Sering, Pegkalan Datu atau Kedai Lalat.
 
Pernah penulis diceritakan bahawa anak Raja Jembal tersebut, pernah jatuh dari kuda dan terseliuh dibahagian bahu.
 
Kuda-kuda yang terdapat di Kelantan purata berukuran 14 hands atau ketinggian lebih kurang 4 kaki. Kuda-kuda ini pada asalnya dibawa masuk ke kelantan dari Tanah Jawa,  Sumatera atau Siam.
Dipercayai bahawa asal usul kuda-kuda ini mungkin dari keturunan kuda Arab dan India yang dibawa pedangan-pedagang waktu dahulu.
 
Sebahagian dari kuda-kuda ini dibawa masuk ke Tanah Melayu khususnya di Kelantan melalui Siam dan bakanya adalah Kuda Asia Tengah iaitu baka 'Wild Asiatic' dari Mongolia.
 
Sebab itu kalau diamati secara seni, kita dapat lihat tentang fisikal dan tempremental Kuda Padi Kelantan ini, kita boleh lihat dengan jelas beberapa ciri yang berbeza antara satu kuda dengan yang lain antaranya.
 
Terkadang Kuda Kelantan kelihatan saperti kuda Arab dibahagian muka dan badan kelihatan saperti kuda Asia. Sebahagiannya pula muka kelihatan saperti kuda batak dengan kuku kaki kecil dan badan segak saperti Arab.
 
Pengaruh Kuda Inggeris
 
Pada pertengahan abad ke 18 dan ke 19, orang-orang Inggeris mula memasukkan kuda mereka ke Kelantan dan orang-orang Melayu Kelantan mula mengenali kuda-kuda jenis baka 'besar' atau istilah Kelantan dikenali sebagai kuda belimo.
 
Pengaruh kuda Inggeris masih terpahat di Kelantan dimana terdapat satu cerita legenda dimana seorang wanita Inggeris mati, konon mengikut kata cerita, ia melakukan hubungan seks dengan kuda kepunyaan suaminya sehingga membawa maut. Dan kuda tersebut dimatikan oleh suaminya dengan tembakan dan bangkai kuda itu ditanam di satu jalan kecil di tengah bandar Kota Bharu dimana sehingga kini jalan tersebut dikenali sebagai 'Jalan Kubor Kuda' ( Wallha hualam ).
 
Kuda di Kelantan Masa Kini
 
Kini pemeliharaan dan perternakan kuda semakin digemari dan diminati oleh penduduk di Negeri kelantan.
Kalau di Malaysia, Kelantan memang dikenali sebagai satu pusat perkembangan kuda yang tersohor dengan keunikan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan tanpa berkasut ' bare foot' rider atau bare back rider.
 
Sejak 10 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak tahun 1990 orang-orang Kelantan mula menternak kuda-kuda baka baik dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo ( thoroughbred ) atau kuda padi dengan kuda arab atau kuda belimo dengan kuda arab.
 
Hasil kacukan ini telah dapat dilihat pada kuda-kuda di Kelantan masakini, dimana kuda-kuda Kelantan kelihatan lebih hebat, bergaya, anggun dan cantik. Kuda-kuda kacukan Kelantan ini lebih tinggi dari baka kuda padi asal.
 
Keunikan ini menyebabkan kuda-kuda keluaran Kelantan amat berharga dan diminati oleh ahli-ahli di Malaysia. Malah buat masa kini boleh dikatakan hampir 95 % kuda-kuda spesis brau Kelantan ini menjuarai berbagai kategori pertandingan kuda di Kelantan termasuk dressage, lumba, enduran dan juga kuda cantik.
 
Antara kelebihan kuda Kelantan ialah:
 
1. Tahank Lasak
2. Kurang berpenyakit dengan daya tahan yang kuat
3. Tidak mudah luka
4. Tahan lasak dengan cuaca hujan atau panas
5. Tempermen yang bagus
6. Cerdik baik untuk berluma atau enduran
7. Makan rumput dan boleh ditambat dengan tali
8. Baik untuk dibuat enduran

Jumlah Kuda di Kelantan Darulnaim Mengikut Daerah
[ No of horses in Kelantan ]
 
Daerah Pasir Mas
 
1.  High Chapparal Horse Ranch, Gelang Mas, Pasir Mas:  9 ekor
2.  Pak Chik Ibrahim Paya Dalam: 8 ekor
3.  Che Gu Fauzi Tendong :   2 ekor
3.  Ju Kutan  : 4 ekor
5.  Amran Kutan:  3 ekor
6.  MH Mohammad Tendong : 4 ekor
7.  Ustaz Naza Tendong: 2 ekor
8.  Awang China Sg Tendong: 3 ekor
9.  Arif Teliar : 3 ekor
10. Pak Mat Bunut Susu: 5 ekor
11. Tok Penghulu Shaari, Paya Ular: 2 ekor
12. Mobil Kedondong Pasir Mas: 1 ekor
 
Kota Bharu
 
1.  Haji Denan Kg Tini: 15 ekor
2.  Jehan Bukit Ajil: 50 ekor
3.  Che HashimKg Sireh:  10 ekor
4.  Ijol Kota: 4 ekor
5.  Yusof Opel Kota: 2 ekor
6. Yusof Kicap Kota : 10 ekor
7. Pak Leh Tepi Kubur Kota: 8 ekor
8.  Jusoh Derdap Kota: 6 ekor
9.  Kelan Polo Kemumin: 20 ekor
10. Ali Sofan Stable Kemumin: 15 ekor
11. Che Ha Kemumin : 7 ekor
12. Che Gu Alias Banggol: 3 ekor
13. Mat Ju Ayam PCB: 10 ekor
14. Siong Berek 12: 6 ekor
15. Che Gu Halim Limbat: 10 ekor
16. Nik kaml: 1 ekor
17. Istana Negeri : 20 ekor
18. Rumah Tinggi Banggol: 5 ekor
19. Stable Pusat Belia Panji: 3 ekor
 
Daerah Tumpat:
 
1.  Sabri Stable Belukar: 11 ekor
2.  Rozie Wakaf Baru: 10 ekor
3.  Hairi Pasir Oekan:  1 ekor
4.  Hairun Pasir pekan: 2 ekor
5.  Tok Pengawwa Pasir Pekan: 2 ekor
6.  Illa Pasir Pekan: 5 ekor
7.  Sham Palekbang: 2 ekor
8.  Pak Weil Morat:  3 ekor
9.  Li Co Cey Morat : 1 ekor
10. Alif Palekebang: 2 ekor
11. Tok Penghulu Deraman, Belukar: 4 ekor
12. Pak Leh Pasir Pekan: 2 ekor
13. Nazri Cabang 4 : 7 ekor
14. Pak Adik Kg Periok: 3 ekor
15. Sudin Stem Boat: 1 ekor
16. Che Gu Mat kebakat: 4 ekor
17. Che Gu Fatah: 3 ekor
18. Mat Sori Pasir Pekan: 1 ekor
19. Jali Cabang 4 : 2 ekor
20. Mokhtar Kok Seraya: 3 ekor
21. Li lembu Kg Periok: 5 ekor
22. Tarmizi Kg Jambu, Kg Beruk: 2 ekor
23. Li Kg Ana Makanan Kuda: 1 ekor
24. Che Gu Pa Palekbang: 2 ekor
25. Wan Zul Morat: 4 ekor
26. Abdullah Morat: 5 ekor
27. Mat Berangan: 2 ekor
28. Su Jula Ikan: 3 ekor
29. Je Berangan : 2 ekor
30. Kg Siro : 2 ekor
31. Gertak geger: 1 ekor
32. Depan Bendang Luas Cbg 4: 4 ekor
33. Patah Paloh: 4 ekor
34. Rahim Mini Market W.Baru: 2 ekor
35. Pak Adik: 3 ekor
 
Daerah Bachok
 
1.  Che Ibrahim Laksa: 20 ekor
2.  Yee Beris Pintu Gerbang: 18 ekor
3.  Hassan Wakaf Aik: 8 ekor
4.  Pantai Perupok: 4 ekor
5.  Saba Gunong : 4 ekor
 
Daerah Gua Musang
 
1.  Stable Gua Musang : 15 ekor
2.  Man Restoran: 2 ekor
3.  Pak Nik : 3 ekor
4.  Leh G Musang : 5 ekor
 
Daerah Tanah Merah
 
1.  Che Gu Hussin : 15 ekor
2.  Lain-lain stable: sekitar 50 ekor
 
Daerah Machang
 
Sekitar 50 ekor
 
Daerah Pasir Puteh
 
sekitar 50 ekor
 
Daerah  Jeli
 
Sekitar 30 ekor
 
[ Sumber: Sabri, Hairi, Hairun, Li Co Cey. Sekiranya terdapat mana-mana nama yang tercicir, harap maaf. Sila beritahu kami dan InsyaAllah kami akan memasukkannya secepat mungkin]
 
 
 

Web ini dikendalikan oleh: Prof Dr Nik Omar,
Purebred Arabian Horse Ranch, Gelang Mas,
Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 019-9401915 atau Nik Badrul 019-9444420