Make your own free website on Tripod.com

Kuda Padi

| Home | Sejarah Kuda | Kuda Arab [ Purebred Arabian] | Kuda Kelantan | Horses In Kelantan | Kuda Dalam Islam | Our Horses Photo Album
Sejarah Kuda

Kaaba Khan, The Pure Arabian Stallion in Kelantan
kaabanik3.jpg
Kaaba with Prof Dr Nik Omar

Ringkasan Sejarah Kuda

Sejarah Kuda Di Dunia ( Ringkasan )
 
Kuda sudah lama berada dibumi dan berselerak diseluroh dunia. Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.
Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ),
Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah).
Dari kuda-kuda manusia mula menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sirkas, sukan, pertandingan dan sebagainya.
 
<b>Sejarah Kuda Di Malaysia</b>
 
Di Malaysia, kuda diternak dan dipelihara oleh segelintir masyarakat setempat saperti di Kelantan, di Sabah, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Melaka, dll.
 
Di Kelantan dan Sabah biasanya kuda diternak untuk tujuan pertanian, pertandingan lumba kuda, pertunjukan dan sebagainya. di Kelantan biasanya kuda diternak sebagai hobi untuk masa lapang selepas para petani selesai melakukan pertanian mereka saperti selepas menanam padi atau menoreh getah. Disebelah petang anak-anak muda akan menunggang kuda sebagai rekreasi atau merelakkan penat badan.
 
Sementara di Ipoh, Kuala Lumpur, Pualau Pinang kuda digunakan untuk tujuan perlumbaan profesional.

Web ini disediakan oleh: Prof Dr Nik Omar,
dari High Chapparal Horse Ranch, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.

Kuda Arab adalah terbaik di dunia
arab.jpg
Di Kelantan ada beberapa ekor kuda Arab

 
Ciri-Ciri Kuda Arab
 
Arab dikenali sebagai baka asli didunia
Tempat Asal: Negara-Negara Arab
Warna: bay, chestnut, grey, bintik-bintik puteh
Kepala: Sedikit kecil dan melekung ala kuda laut
Mata: Besar, hitam dan tangkas
Telinga : Kecil, sentiasa bergerak dan melekung kedalam
Leher: Sedikit Melekung
Bahu:  sloping
Belakang: Pendek dan lurus
Ekor:  Sentiasa naik terutama waktu menunggang
Kaki: Kaki cantik kelihatan kecil tapi tulang amat kuat
Tulang rusuk:  16 berbanding kuda lain 18
Kebaikan: Cepat, tangkas, laju dan cukup bergaya dalam enduran
Juga digunakan untuk menunggang biasa, menunggang jarak jauh sehingga 200 kilometer dengan mudah.
Keistimewaan:  Banyak digunakan untuk breeding baka baik diseluruh dunia.
Asal: Kuda Gurun berasal dari Yemen, Iran dan Mesir
Mesir mempunyai satu ladang ternakan Kuda Arab terbaik di dunia.
Kini: Poland, Hungary, Germany, France, Australia & UK merupakan pengekport yang besar bagi kuda-kuda Arab.
Tinggi: 14.5 hh
Kuda Aran DiDunia: Kini hampir semua negara mulai membiak baka
Arab untuk di komeselkan.
---------------------------------------------------
 
Di Negeri Kelantan Darulnaim
 
Kuda Arab kini boleh dilihat di Istana Negeri
Baka Kacukan Anglo-Arab boleh dilihat di High Chapparal, Gelang Mas
Di Kuala Lumpur 2 ekor dimiliki oleh Dr Nik Ishak
2 ekor dimilki oleh prof Dr Hamdan, Melaka
1 ekor dimiliki oleh Polis Diraja Malaysia

Benarkah Kuda Arab Terbaik di Dunia ?

Kuda Arab telah diakui diseluroh dunia bahawa mereka adalah kuda asli Arab yang dapat dijejaki oleh peminat kuda sejak 3000 tahun dahulu. Oleh-orang barat mengakui bahawa Kuda Arab yang terdapat dinegara-negara Arab saperti Arab Saudi, Yemen, Syria, Iraq, Libya, Iran, Mesir adalah tempat-tempat asli terdapatnya kuda ini.
Sekrang hampir semua kuda-kuda hebat di dunia termasuk kuda Inggeris Thoroughbred, Dartland, Barb, Criollo dan sebagainya sedikit sebanyak mempunyai pertalian darah dengan Kuda Arab.
Disebalik kehebatan kuda-kuda lain didunia, pasti adalah didalam badan mereka, mengalir darah Kuda Arab.
Begitulah hebatnya Kuda Arab.
Namun yang paling sedihnya, Kuda Arab yang terbaik masa kini bukanterletak di negara-negara Arab, malah Australia,Perancis, Hungary, Poland adalah tempat-tempat yang ternama untuk mendapatkan baka Kuda Arab.
Malah di Australia sahaja terdapat beratus-ratus ribu baka kuda Arab 'pure' yang baik-baik.
 
Dikalangan negara Arab, Mesir dianggap negara paling kedepan dalam menternak dan membiak baka kuda arab yang baik dan bebepara tahun terakhir ini, kita dapati U.A.E. telah memulakan langkah menternak dan membiak baka kuda arab asli.
 
Baka Kuda Arab
 
Dikalangan penternak kuda kita dapati nama-nama kuda saperti
'Straight Egyptian, Kuda Arab Polish, Russia, Amerika, Crabbet Arabian,
Kholonial Arabian dan lain-lain kuda Arab adalah hampir sama. Cuma yang bezanya mereka mendapatkan kuda-kuda Arab asli ini dari negara-negara Arab saperti Yemen, Arab Saudi, Syria, Iraq, Lebanon, Egypt dan lain-lain.
Untuk mengekalkan identiti negara tersebut, maka lahirlah baka kuda arab yang dipanggila ' Straight Egyptian, Crabbet Arabian, Kholonial Arabian, dsb.
Hakikat sebenarnya kuda-kuda tersebut adalah hampir sama dari segi keturunan atau istilah kuda dipanggil 'strain'- baka.
 
Katakanlah baka Kuda Arab kami, iaitu Kaaba Khan dan Amira Esteeka mengandungi dalam darahnya baka dari kuda Arab Mesir, Kuda Aran Yemen dan Kuda Arab dari Saudi,. Dilihat pada Surat kelahirannya terdapat baka yang ditulis 'El-Segrawi'  Begitu juga kuda-kuda Arab lain.
Oleh itu jika anda ingin membeli Kuda Arab Pure, jangan keliru dengan nama-nama tersebut, yang penting ialah ' 100 % baka Arab tulin'

Add your content here

Sale
Buying or Selling Horses In Malaysia
Untuk Di Jual
4 July
Kuda Untuk Di Jual / Di Beli
 
If you have any horses for sale / buying,
kindly contact us
 
Jika anda ingin menjual / membeli kuda
sila hubungi kami
Jual / Beli Kuda
Contact : Mr Nik 019-9401915
E Mail:   fahom2@yahoo.com
8 July
Looking For Arab
I am looking for Arab Horse Mare / Stallion
Kindly contact me
Mr Badrul 012-9554975
11/10
Kuda Padi Untuk Di Jual
Dapatkan kuda-kuda padi dari Kelantan
Encik Sabri
019-9611048

Nama Kuda-Kuda Masyhur di Dunia

Kaaba Khan Kuda Arab Jantan yang Masyur
sarezin99.jpg
Kuda ini Milik Kami di Kelantan Darulnaim

Antara kuda-kuda Rasullullah saw yang masyhur ialah:
1.  Al-Sakaf ( Memenangi di peperangan Uhud)
2.  Al-Zarab
3.  Al-Lizaz
4.  Al-Sabaha (As Subbah)
5.  Al-Murtajis
6.  Al-Sanjah
 
Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki oleh Rasullulah saw ialah:
 
Kuda dalam keadaan baik segak dan tegas
Kaki puteh
Baik dan kuat
 
Nama Kuda-Kuda Lain Yang Masyhur ialah:
 
Bucephalus dimiliki oleh Alexander The Great
Morengo dimiliki oleh Napolean Bonarparte
Copenhagen oleh General Wellington
 
 

High Chapparal Horse Ranch
Manager: Nik Badrul Hakim bin Nik Omar
 
Nama-Nama Kuda di High Chapparal Stable
 
1. Titek
2. Azura
3. Boy
4. Rozana
5. Awin
6. Era
7. Misha
8. King
9. Saddam
10. Sofia
11. Ella
12. Sheila