Make your own free website on Tripod.com
Resort Kesihatan Homeopathy, Kelantan
Barah / Kanser
English Version
Rawatan Kami
Siapa Doktor Bertugas
Konsep Rawatan
Homeopati DiMalaysia

This is Our Homeopathic Health Resort
campus.jpg
Our Add: 122 Taman Universiti, Gelang Mas, Pasir Mas

Selamat Datang Ke Laman
Resort Kesihatan Homeopathy Kelantan


Idea untuk menubuhkan Resort Kesihatan ini timbul bilamana kami
(Prof Dr Sir Nik Omar ) melihat ramai pesakit-pesakit dari luar negeri khususnya di Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Kedah, Brunei dan Singapura bertanya dimanakah adanya Hospital Homeopathy dimana mereka boleh tinggal bersama keluarga.

Prof Dr Sir Nik Omar mula melangkah kehadapan dengan membangun tanah beliau sendiri seluas 10 ekar di Kg Gelang Mas, Pasir Mas untuk dijadikan sebuah Komplek Perubatan yang serba lengkap.

Maka pada 13 September 2000 bertempat di Persidangan Homeopathy dan Akupunktur Antarabangsa di Kota Bharu, YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar kelantan Darulnaim telah dengan rasminya melancarkan 'Perasmian Pembinaan  Komplek Kampus Baru Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia di Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan dengan belanja RM 3.5 juta '
 
Inilah satu-satunya komplek Homeopati yang terbesar di Malaysia, malah, mungkin ianya terbesar di Asia !

Upacara gilang gemilang ini dihadiri oleh 350 peserta dari seluroh dunia yang memberi tepukan gemuroh dan bersemangat, menanda satu era baru dalam dunia perubatan homeopati di Malaysia untuk membangun Sistem Perubatan Homeopathy dan Alternatif di Kelantan Darulnaim

Pada awal tahun 2002 Fasa pertama Komplek Homeopathy ini telah pun siap sepenuh dan telah beroperasi pada 1 Febuary 2002.

Setakat hari ini, inilah satu-satu 'Resort Kesihatan' yang pertama dibina dan diperkenalkan di Kelantan untuk para pesakit yang ingin istirihat sambil berubat dalam suasana aman dan tenteram dalam persikitaran perkampongan Kelantan.

Tujuan Pembinaan Resort Kesihatan ini.

Tujuan utama kami ialah:

1. Memberi kemudahan perubatan homeopathy, akupunktur dan lain-lain perubatan alternatif yang tidak terdapat dimana-mana hospital kerajaan atau swasta di Malaysia.

2. Menyediakan konsep mesra alam, dimana pesakit boleh tinggal di chalet dan bebas bergerak untuk melakukan riadah, senaman atau olahraga.

3. Keluarga pesakit boleh  tinggal bersama didalam chalet yang disediakan dan memasak makanan kegemaran mereka sendiri

4. Semua kemudahan utama ada dalam resort kami seperti kantin, chalet, asrama, kedai runcit, internet cafe, sewa kereta pandu sendiri, sewa basikal, kolam ikan, dll

5. Perkhidmatan Perubatan yang disediakan ialah: Rawatan mengikut kaedah homeopati, akupunktur China, Moxibustion, Laser Therapy, Infra Red Therapy, Massage, reflexology, Magnet, Rexi,  Perubatan Islam,dll

6. Harga Rawatan dan penginapan murah.Kos Rawatan biasa RM 25 hingga RM 35 bagi setiap satu sistem rawatan. Sementara Harga Chalet satu malam antara RM 55 hingga RM 65

7. Untuk tinggal di wad ala homestay, harga pakej termasuk tempat tinggal, kos rawatan, makan dan minum setiap pesakit ialah RM 200.00 satu hari. Bayaran tambahan  RM 30.00 dikenakan kepada setiap satu kepala tambahan (teman) untuk satu malam termasuk makan dan minum.
Kanak-kanak dibawah 3 tahun percuma.
 
8. Semua katil-katil di wad kami adalah berbetuk  katil ala hotel single bed.
 
Kemasukan ke wad kami adalah terhad. Oleh itu anda hendaklah membuat tempahan awal sebelum datang.
 
Tel Prof Dr Nik 012-9554975.

 

Waktu Bertugas Tiap - Tiap Hari

8.00 pagi hingga 6.00 petang
Cuti Hari Jumaat

Waktu melawat pesakit - bebas sebelum jam 10.00 malam

Alamat Kami:

Resort kesihatan Homeopathy
Hospital Homeopathy Nik Omar
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur

No.122 Taman Universiti
Kg Gelang Mas, Meranti
Pasir Mas 17010,
Kelantan, Malaysia.

Tel: 09-7972948 atau 012-9554975
 
 
Piagam Pelanggang
[ Our Charter ]
 
Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar -HOSNO
Berikrar bahawa kami,
 
  • Bersedia untuk memberi layanan, rawatan dan khidmat nasihat kepada pesakit dengan jujur dan memuaskan.
  • Bersedia melanksanakan perawatan mengikut kaedah TCM, Homeopati, akupunktur dan lain-lain rawatan alternatif yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Bersedia berkhidmat dengan cekap, cepat, sopan dan berkekalan.
  • Kami akan menyimpan rahsia pesakit
  • Kami akan memberi perkhidmatan yang terbaik setakat yang termampu.

 

Misi Kami / Our Mission

  • Memimpin dan menginovasi
  • Untuk mencapai kecemerlangan pada semua peringkat melalui perkhidmatan dan pendidikan perubatan homeopathi , akupunktur & TCM
  • Kami memupuk kualiti-kualiti yang menjuruskan kepada kecemerlangan profesionalisma, perkembangan individu yang menyeluroh dan kimitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universal.

Homeopati & Akupunktur adalah Perubatan Alternatif Terbaik Untuk Kesihatan Keluarga Alaf Baru

                                  - Prof Dr Nik Omar

 

 

Hubungi Kami - E Mail: fahom2@yahoo.com

Hospital Homeopathy Nik Omar dan Resort Kesihatan ini adalah 100 % swasta

Unknown Gem Type: tlx.tlxinv.guestbook